Pada 28 April 2018, telah berlangsungnya majlis penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 14 bagi parlimen Kuala Langat. Saya hadir bersama calon-calon DUN Barisan Nasional, Datuk Sulaiman Mohd Karli (DUN Sijangkang), Puan Rozana Kamarulzaman (DUN Morib) dan Cikgu Ng Siok Hwa (DUN Banting).
Jika diberi peluang, amanah ini saya anggap sebagai satu tanggungjawab yang dipikul dengan ikhlas dan kepercayaan yg perlu direalisasikan. Peluang menimba ilmu di luar negara serta pengalaman kerja dan merangka dasar akan saya manfaatkan untuk menyumbang kepada masyarakat Kuala Langat. Kuala Langat adalah kekuatan kita dan dari sini kita mulakan langkah pertama untk perjalanan yg lebih jauh.
Saya tidak mampu berjanji bulan dan bintang, tetapi nawaitu utama saya adalah untuk berkerja sedaya upaya bagi menaikkan ekonomi rakyat Kuala Langat, memastikan kualiti hidup setempat yang lebih baik serta menaikkan imej Kuala Langat sehingga ianya menjadi kebanggaan seluruh Selangor dan rakyat Malaysia.
Saya yakin, jika dipilih, dan dengan kerjasama parti UMNO, Barisan Nasional, rakan-rakan serta rakyat Kuala Langat berbilang kaum dan umur, kita bakal mengorak langkah yang pertama untuk #HebatkanKualaLangat
Sekali lagi, dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon dan merayu, berilah peluang. Marilah kita bersama membina Kuala Langat yang lebih hebat, Saya Shahril Hamdan, calon Barisan Nasional anda untuk P112 Kuala Langat!
Ayuh bersama saya, kita Hebatkan Kuala Langat!